Tuesday, July 13, 2010

Batik Mekar Kukus


resepi dari K.Fida my resepi
resepi ni memang sedap rasa macam mkan ais krim pun ada.... lembut buat sat ja dah abis.... tgk nak snap pic pun tak dan sebab tangan suami tu sibuk nak ambil .... terima kasih K.Fida share resepi ni..... kat bawah ni resepinya
Bahan-bahan
. 125g tepung gandum
. 1 sk baking powder
dua-dua bahan d atas d ayak bsama
. 115g gula halus
. 1/2 sk penuh ovallete
. 4 1/4 sb susu cair
. 1 biji telur siza A
. 1/2 sk esen vanilla
. 1 sk pes coklat
Cara-cara
. Panaskan pengukus. Sediakan papercup alas dalam bekas aluminium
. Pukul semua bahan d atas kecuali pes coklat sampai sebati dan pekat
. Adunan dibahagi dua yang satu bahagian pada warna asal dan satu bahagian lagi campurkan
pes coklat
. Masukan adunan asal dan coklat secara selang seli
. Kukus sehingga mekar selama 10 hingga 15 minit dengan api kuat
. Sejukkan kuih dan boleh di sajikan

No comments:

Post a Comment